Tuesday, July 20, 2010

BELUM PERNAH SEBELUM INI

BELUM PERNAH SEBELUM INI Jabatan dan Pegawai Kerajaan seperti JKR,Jabatan Parit dan Saliran,Majlis Daerah dan Majlis Bandaraya kurang kerja sepertimana di era zaman Kerajaan BN Negeri Terengganu sekarang.Rata-rata pegawai dan kakitangan kerajaan negeri 'berbangga' dan dengan seloroh berkata,"lening kami lebih senang.Tak payah bersusah-payah.Semua kerja dilakukan oleh MB.Dia yang fikir.Dia yang rancang projek.Dia yang jadi arkitek.Dia yang jadi QS.Dia yang jadi engineer.Dia yang bagi kontrak.Dia yang pantau projek.Jadi apa lagi yang kami perlu buat?".

BELUM PERNAH SEBELUM INI seorang MB turun padang dan meluluskan peruntukan 'on the spot' tanpa merujuk kepada drawing,BQ dan anggaran kos projek sebenar oleh pihak jabatan pelaksana yang terlibat dengan projek yang diumumkan.Itulah kesukaan dan kebanggaan kontraktor-kontraktor yang selalu mengiringi dan memagari MB daripada rakyat pada setiap lawatan MB ke kampung-kampung.

BELUM PERNAH SEBELUM INI ratusan juta RM nilai projek diberikan secara rundingterus kepada kontraktor-kontraktor.Malah kontrak yang bernilai jutaan RM diberikan kepada kontraktor-kontraktor dengan menggunakan Local Order(Pesanan Tempatan)sahaja.

BELUM PERNAH SEBELUM INI belanjawan negeri mengalami defisit ratusan juta RM seteruk era kerajaan BN Terengganu di bawah kekuasaan kepimpinan negeri sekarang.Masalah kewangan yang berlaku di Terengganu sekarang dijangka akan meninggalkan pusaka warisan  masalah kepada rakyat dan negeri Terengganu sekurang-kurangnya untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.YA ALLAH SELAMATKANLAH NEGERI DAN RAKYAT TERENGGANU.Amin

Sunday, May 2, 2010

KEMAMAN !!!!!!:IBU NEGERI TERENGGANU YANG BARU?

Rata-rata rakyat Terengganu tertanya-tanya adakah sekarang ini Kemaman sudah mengambilalih Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yang baru bagi Negeri Terengganu.KEMAMAN IBU NEGERI TERENGGANU YANG BARU?KEMAMAN....IBUNEGERI BARU TERENGGANU?KEMAMAN...IBUNEGERI YANG BARU BAGI NEGERI TERENGGANU?(kena tanya pakar bahasa Apakan tidak .Baru sebulan dua  Mat Said berada 'di atas takhta' Menteri Besar(sebelum ini semasa nak ambil plat TAS  5,Mat Said tanpa segan-silu beritahu ''I nak pakai TAS 5 ...Tengku Ahmad Said'),Sambutan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2008 dibawa ke Kemaman biarpun peserta kontinjen perarakan seluruh negeri Terengganu tidak mempunyai ataupun cukup tempat penginapan yang selesa dan perarakan terpaksa melalui lorong belakang rumah ataupun dapur orang.

HAMPIR KESEMUA SYARIKAT TERUTAMA SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU YANG BEROPERASI DI KEMAMAN TELAH 'DIMILIK KEMAMANKAN'(segala peluang jawatan dan kontrek atau hampir keseluruhan darippadanya telah dijadikan hakmilik eksklusif orang Kemaman.Tapi rata-rata orang di Bandar Chukai bercakap bukan orang Kemaman yang memilik eksklusif  syarikat-syarikat tersebut tapi orang kanan,orang kiri,orang belakang,orang depan dan di sekeliling Mat Said yang memonopoli segalanya.Kata orang pasar segalanya milik negeri Terengganu yang berpengkalan di sini milik Agu,Ramli Shahul,Hj Dol,Rosli Pendek dan lain-lain.Kalau betul cakap kaki Pasar Chukai,maka betullah dakwaan ini.Kalau tak betul kata mereka,mungkin ada asas untuk mempercayai dakwaan tersebut.Tapi nak kata Kemamanpun,kurang jugak nampaknya pembangunan yang boleh dilihat,dinikmati dan dihargai oleh majoriti penduduk Kemaman macam kami golongan marhain ini.Manakala kami terus ketinggalan di samping terus menghadapi tekanan hidup akibat daripada kos sara hidup yang tinggi dan harta termasuk tanah kerajaan yang pernah kami teroka dan bina rumah di atasnya suatu ketika dahulu dirobohkan oleh PTG Kemaman atas arahan Mat Said.Kami bersumpah atas nama tujuh keturunan bahawa selagi Mat Said mengetuai umno, nescaya tidak akan kami sokong.Kami masih ingat bagaimana Mat Said dengan rakus merobohkan masjid dan rumah-rumah kami di zaman Derih dulu.Saya pernah tanya orang Besut yang kebetulan belajar bersama saya di universiti dulu dan kebetulan pula orang kuat Derih Jusoh, tentang perobohan rumah/masjid Bujal.Katanya daripada maklumat yang diperolehi,Mat Said yang beria-ia benar mahu PTG Kemaman merobohkan rumah/masjid Bujal.

Berbalik kepada Kemaman sebagai ibu negeri Terengganu, orang Kemaman masih belum buta dan belum pekak.''SEBENARNYA BAGI KAMI ORANG KEMAMAN, BUKANNYA KEMAMAN YANG AKAN AMBILALIH KUALA TERENGGANU SEBAGAI IBUNEGERI TAPI BANDAR BARU KIJAL DALAM BARUH KIJAL''.Bayangkan betapa hebat sekali kuasa Mat Said di Terengganu ini sebagai MB,Giant yang hampir memulakan perniagaan di Mesra Mall Kerteh boleh dibatalkan dengan begitu sahaja kerana lawan kehendak Mat Said supaya membuka pasar raya di dalam baruh Kijal.

Operasi syarikat-syarikat utama milik Kerajaan Negeri yang beroperasi di Kemaman yang SEBELUM INI ditempatkan di Kuala Terengganu semata-mata kerana bertujuan menambahkan penjanaan ekonomi di ibu negeri dengan harapan CEO syarikat,pengarah urusan,pengurus kanan,pengurus dan pegawai yang bergaji lebih daripada RM5,000/ sebulan mampu membantu penjanaan ekonomi dan perniagaan di Kuala Terengganu sehingga mampu menarik minat pelabur supermarket dan hypermarket seperti Parkson,Isetan dan Tesco melabur diKuala  Terengganu.Dalam lain perkataan bila kuasa membeli tinggi sudah tentu akan menarik minat pelabur-pelabur untuk melabur dalam perniagaan runcit di Kuala Terengganu.Kalau di Kemaman,memang sudah jadi tabiat kami orang sini untuk membeli-belah di Kuantan ataupu Kuala Lumpur kerana di sana buka sahaja banyak pilihan tapi banyak kemudahan berhibur.TAPI KINI KESEMUA OPERASI PENTADBIRAN SYKT-SYKT TERSEBUT TELAH DIBAWA BALIK KE KEMAMAN ATAS PANDANGAN SINGKAT PEMIMPIN YANG TERSERLAH UNTUK MENJIMATKAN KOS OPERASI.Kesemua projek syarikat-syarikat berkenaan mesti diagihkan kepada orang kanan Kemaman sahaja 'mungkin kerana tujuan Tan Seri Wan Mokhtar menubuhkan syarikat-syarikat berkenaan semasa menjadi Menteri Besar Terngganu dulu hanya untuk mengkayakan orang Kemaman sahaja dan mungkin bila minyak didaratkan di Paka/Kerteh,maka Mat Said merasakan orang Terengganu yang lain kurang berhak'.

Kata orang semua pembangunan Terengganu kini ditumpu di Kemaman.Tapi jumlah yang besar juga dicampakkan ke  dalam Tasik Kenyir.PEMIMPIN LUPA SEJARAH......BUKANKAH SEBELUM INI TAN SERI WAN MOKHTAR TELAH BANYAK MEMBANGUNKAN KEMAMAN?KENAPA MAJORITI RAKYAT MASIH MENOLAK UMNO/BN PADA TAHUN 1999?

Thursday, January 21, 2010

PERTUKARAN PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU BIL 1/2010

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said yang melaksanakan pertukaran pegawai tadbir negeri(TCS) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Feb 2010.Pertukaran tersebut berkait rapat dengan ' persaraan terpaksa Dato' Mokhtar b. Nong,Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu' yang memulakan perjalanan alam 'pensioner' dengan bercuti selama 3 bulan berkuatkuasa mulai 15 Jan 2010 hingga 15 April 2010.Apakan daya kita makhluk Allah yang lemah....sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Tidak pernah terlintas di benak pemikiran YB Dato' Mokhtar,anak-isteri,sahabat hanadi,saudara-mara dan lain-lain bahawa beliau terpaksa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan dengan cara ini.'Dipaksa menandatangani Surat Permohonan Bersara Awal'.Apatah lagi kepimpinan Negeri daripada anutan parti yang sama.Pedihnya rasa hati tidak terperi.Sedihnya keluarga beliau,sanak-saudara,sahabat handai,rakan taulan,TCS,ahli politik BN dan rakyat negeri Terengganu menyaksikan apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang.Apapun Dato' Mokhtar dijangka akan layak mendapat gratuiti perkhidmatan berjumlah lebihkurang RM800,000.00 dan dianugerah kawasan balak bernilai RM6 j.Persoalannya apakah Mat Said sanggup menggadai segala hasil mahsul negeri semata-mata kerana tidak mahu lihat muka Dato' Mokhtar di pejabat SUK?Bukankah itu semua harta kerajaan dan rakyat?Tidak salah Dato' Mokhtar dalam bab ni.Kalau penulispun ditawarkan sejumlah yang sedemikian,penulis akan berbuat serupa.Lupakan kepentingan negeri dan rakyat.Buat apa bekerja dalam keadaan tidak selesa dan dihina MB.

Dengan keluarnya arahan pertukaran tersebut pada minggu lepas,maka terlakarlah sejarah baru perkhidmatan pegawai tadbir Negeri Terengganu yang dikatakan dibuat berasaskan seniority,merit,kredibiliti dan macam-macam justifikasi.Maka tertukarlah dan terlantiklah 48 personnel TCS sebagaimana berikut(hanya sebahagian sahaja yang dicatat di sini):

Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK):Dato' Mazlan Ngah  

Pegawai Kewangan Negeri: Dato' Hj Abd Razak bin Ismail

Pengarah Tanah dan Galian Negeri :Hj Osman bin Muda

Timbalan SUK(Pengurusan):Wan Ahamad bin Wan Muda

Timbalan SUK(Pembangunan)/Pengarah UPEN:Dato' Hj Mohd Razalli bin Kassim.

Yang menjadi tandatanya di sini adalah Wan Ahamad bin Wan Muda.Beliau melompat 3 anak tangga hairaki iaitu N 52,N54 danterus menjawat Jusa C.Mengikut MB Ahmad Said,pegawai ini memiliki double degree.Manakala segelintir pemimpin Pas Terengganu menganggap Wan Ahamad memiliki triple degree.Maka dalam usaha untuk mengenal siapa individu pegawai yang sebegini hebat yang selama ini digambarkan oleh sebilangan rakyat Terengganu sebagai menteri besar sebenar yang mentadbir negeri Terengganu maka terjumpalah penulis dengan seorang pegawai Felda yang kini masih berkhidmat di Kuala Terengganu.Pada mulanya penulis ditanya samada mengenali asal-usul Wan Ahamad ini?Setelah dijawab tidak tahu,maka penulis dimaklumkan serba-sedikit bahawa Wan Ahamad ini merupakan anak kelahiran Kg Tok Kaya K.Terengganu.Kalau tidak tepatnya cerita beliau maka kurang tepatlah cerita penulis tapi penulis yakin kebenaran cerita tersebut.Dikatakan beliau pernah menuntut di Sekolah Kadir Adabi K.Terengganu bersama-sama MB Ahmad Said.(arwah sekolah ini merupakan sekolah berbayar bagi pelajar gagal dalam peperiksaan MCE/SPM/HSC/STPM di sekolah kerajaan.Sama seperti Institut Berakan dan lain-lain sekolah berbayar).Selepas itu beliau meneruskan  pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi B.Econs((UM).Kemudian beliau menjadi Field Assistant(pegawai ladang) Felda Jerangau Barat.Dimaklumkan bahawa olehkerana beliau terlibat dalam kes kehilangan baja,maka beliau telah dinasihatkan berhenti.Kemudian beliau telah mengikuti pengajian post graduate Diploma in Law di Manchester Metropolitan College,di London selama 2 tahun tetapi beliau dikatakan gagal(jadi setakat loyar buruk bolehlah).Kebetulan apabila pulang ke Terengganu, abang iparnya,Yusof@Kobi bin Musa menjadi ADUN Serada pada ketika itu.Beliau bernasib baik kerana diterima sebagai Pegawai Tadbir Negeri(TCS) pada sekitar tahun 1988.Antara sejarah perkhidmatannya,beliau pernah semasa di zaman Pas ketika Hj Hadi melawat Kemamanpernah  berkata,"berkat zaman Tok Guru merintah le ning' dan ketika itu beliau pernah cuba menjadi penasihat khas Wan Mutalib Embong.Beliau pernah berkhidmat di bahagian perjawatan SUK di bawah arwah Hj Mohd Muda dengan memegang jawatan N 44.Semasa itulah beliau mewujudkan jawatan KPSU Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dengan jawatan hakiki pemegangnya N 48 dandimaklumkan oleh beberapa orang TCS bahawa beliau telah 'melantik dirinya sendiri' untuk mengisi jawatan tersebut di zaman Idris Jusoh.Ketika memegang jawatan tersebut,ramai daripada YDP Majlis yang memandang rendah kepada beliau dan tidak langsung menghormati beliau kerana kebanyakan mereka amat mengetahui latarbelakang beliau selaku TCS.

Ketika jawatan MB berpindah ke tangan Ahmad Said,beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan(SUSK)MB.Atas alasan Hj Osman Muda pernah dibayar setaraf JUSA C semasa di zaman Idris Jusoh,Ahmad Said menggunakan kuasanya selaku MB dan Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan pembayaran  gaji dan memberi kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau.Bezanya dengan kes Wan Ahamad,Hj Osman Muda yang ketika itu sudah menjawat jawatan N 54 dan pegawai yang lebih junior daripada beliau seperti Hj Hussin Embong yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu sudahpun menerima gaji dan kemudahan yang sedemikian.Maka Dato' Seri Idris Jusoh yang ketika itu menjawat jawatan sebagai MB mencadangkan supaya Lembaga Tatatertib dan Kenaikan Pangkat Negeri yang dipengerusikan oleh SUK mempertimbangkan kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau.Tidak cukup setakat itu Wan Ahmad turut dilantik sebagai Setiausaha  Bersama Lembaga Mengambil Hasil Hutan(bersama dengan Pengarah Perhutanan)yang bertanggungjawab meluluskan permohonan balak.Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan kawasan balak yang tidak mendapat sokongan beliau tidak akan diproses dan dipertimbangkan oleh LMHH.Beliau juga telah dilantik menjadi CEO Permint Granite(sykt dormant milik kerajaan negeri)yang mengadakan joint venture dengan Road Care menyelenggara jalan negeri dan bandaran dengan kontrak puluhan RM juta.Beliau juga memegang beberapa ALP anak sykt kerajaan.Pendek kata beliau menjadi insan teristimewa MB Ahmad Said sebagaimana pengakuan MB sendiri di dalam Persidangan DUN yang lepas bahawa Wan Ahmad itu adalah 'imej saya(Ahmad Said)'.Selaku MB saya berkuasa untuk menaikkan siapa sahaja pegawai yang saya suka'.

Kepada TCS, pengakuan Ahmad Said secara terbuka di dalam Dewan Undangan Negeri yang lepas membuka minda mereka dan memecahkan kebuntuan andaian atau tohmahan  mereka selama ini bahawa Wan Ahamad bukan sahaja mendapat layanan istimewa Ahmad Said,malah sebenarnya Wan Ahamadlah yang bertindak selaku MB sebenar Tetengganu.Apakan tidak kata TCS lagi,bila TCS berjumpa MB bukan sahaja ditanya tujuan tetapi beliau turut menemani MB ketika ditemui TCS,pemimpin dan rakyat.Apa kata Wan Ahamad maka itulah kata dan keputusan Ahamad Said.Tidak cukup yang demikian,Wan Ahamad telah menempatkan pegawai pro Pas di Tingkat 16.Motifnya?....hanya Wan Ahamad dan Allah Yang Maha Mengetahui.

Bila TCS dan rakyat melahirkan rasa tidak senang dengan pegawai N 48 ini yang bermaharalela di Tingkat 16,Ahmad Said cuba menyembunyikannya dengan menghantar short course(kursus jangka pendek)selama 2 bulan di London yang menurut sumber pejabat SUK yang boleh dipercayai ,sejumlah RM200,000.00 ditanggung sepenuhnya oleh SUK.Beliau juga difahamkan dibayar gaji penuh.''Bertuahnya badan walaupun buat kerjapun tak berapa pandai.Kerajaan bayar RN200,000.00,gaji dibayar penuh.Kursus ke tidak atau hanya pergi makan angin berehat di London  wallahuallam.Tinggal di hotel 5 bintang.Kursuspun tak sampai 2 bulan difahamkan beliau juga ikut MB pergi ke Mekah.Apa ubat guna-guna yang diberi Wan Ahmad kpd Ahmad Said...' keluh TCS berkenaan lagi.Sambung TCS itu lagi,''sebelum ini Wan Ahamad bertegas tidak mahu pergi oversea dan meninggalkan jawatan SUSK.Dia kata boleh aku gi dengan syarat bila balik ni aku dilantik sebagai Datuk Bandar MBKT ataupun lantik aku jadi Timbalan SUK(Pengurusan)''.

Allah Maha Kuasa.Apa yang dihajati Wan Ahamad semuanya dapat dan dimakbul.Malah semasa di London masih boleh beri arahan kepada pegawai kanan TCS di tanahair, buat itu dan ini.Kini Wan Ahamad telah dilantik oleh Ahmad Said sebagai Timbalan SUK (Pengurusan)untuk mengurus negeri dan duit berbillion RM.Malah difahamkan jawatan SUSK belum diisi sebab Wan Ahamad sendiri tidak bersetuju calon-calon seperti Azmi Razik atau Kamarul Amin ataupun Razali Adis mengisi jawatan tersebut.Wan Ahmad seboleh-bolehnya mahu terus mengisi jawatan tersebut atau menjadi unseen hand dari belakang tabir untuk memangku terus jawatan tersebut.

''Aku heran bagaimana budak N48 yang dibayar JUSA C kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada diri Ahmad said mahu tadbir negeri.Macamana dia nak command pegawai kanan TCS lain dan DO yang berjawatan hakiki Gred 52 dan 54?Kalau ini cara Ahmad Said memerintah dan mentadbir negeri bukan setakat negeri hancur tapi riwayat hidup Kerajaan BN Terengganu akan berakhir'',kata pegawai kanan TCS berkenaan.

Penulis teringat kata seorang rakan kepimpinan Pas Terengganu pada minggu lepas bahawa 'Wan Ahamad ada bercakap dengan kepimpinan Pas berkenaan minggu lepas dan memaklumkan bahawa tujuan beliau mengikuti short course di London bukan setakat untuk menghilangkan diri dan meredakan kemarahan TCS kepada MB Ahmad Said,malah sebagai persiapan untuk menjawat jawatan SUK Terengganu selepas ini ataupun setidak-tidaknya bila Pas berkuasa nanti.Wan Ahmad beritahu beliau lagi bahawa kesemua pegawai kanan TCS dan pegawai TCS yang dinaikkan pangkat sekarang akan menyokong beliau dan tidak akan sama-sekali membantah sekiranya Ahmad Said atau Kerajaan Pas nanti melantik beliau sebagai SUK Terengganu.Menurut kepimpinan Pas berkenaan lagi,Wan Ahmad ini bukan calang-calang pegawai.Beliau memiliki triple degree dan seorang yang pandai bekerja.Semasa Pas perintah Terengganu 2000-2004 Wan Ahamad banyak membantu Kerajaan Pas katanya.(Mungkin ada kebenaran bila beliau dikatakan bertanggungjawab mengarahkan MPK beri kebenaran kepada Pas guna Dewan Berlian MPK dan MBKT beri kebenaran kepada Pas guna Stadium Tertutup Negeri Terengganu  untuk umum calon PRK K.TRG).

Namun apa yang perlu direnungi adalah peranan beliau sendiri daripada persepsi rakyat,pemimpin BN dan TCS.Beliaulah MB Terengganu yang sebenarnya sekarang.Beliaulah yang akan menjadi SUK sebenar di samping Dato' Lan ' kepit batu'(Mr yes man).Beliaulah exco dan beliaulah sebenarnya yang menghancur Kerajaan BN Negeri Terengganu.Itulah persepsi rakyat Terengganu




Wednesday, January 13, 2010

BAJET 2010:RM20 JUTA BAGI APMT(AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERENGGANU)

DUN Terengganu baru-baru ini meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM20 juta bagi APMT yang hanya dikemudi oleh seorang cikgu sekolah rendah di Kijal,Roshali Muda selaku Pengarah APMT.Rakyat tertanya-tanya siapakah gerangan pengarah yang selama ini hanya mengajar murid Tahun 1 hingga Tahun 6,yang diberi kepercayaan oleh Ahmad Said,MB Terengganu untuk mengetuai agensi APMT ini?Mungkin bekas pelajar sekolah rendah di Kijal yang dapat nombor satu sokmo di dalam kelas sepertimana MB juga barangkali?Ataupun beliau dapat nombor dua di dalam kelas selepas MB?Ataupun pernah sama-sama menuntut dengan MB di Sekolah Adabi Kuala Terengganu dulu?Ah pedulikan sejarah lampau sebab kehebatan latarbelakang akademik sahaja tidak bererti seseorang itu hebat mentadbir, kata MB sendiri.Memang betul,mendiang Lim Goh Tong sepertimana yang diketahui umum bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi tapi mampu membina empayar perniagaan Genting Berhad.Seorang lagi kawan saya di Kemaman sendiri sebagai contoh,mengajipun tak tinggi mana,tapi pandai dan fasih bercakap Mandarin sebab memang dia seorang berbangsa cina,kena buang negeri pulak,maknanya tinggal sebatang kara asalnya di Kemaman tapi sekarang multi-millionair.Seorang lagi kawan saya seorang Melayu sebagai contoh, yang saya kenal sebagai kaki tarik kereta tapi kini mampu hidup kaya-raya sejak sehari dua ini.semuanya itu kerana apa?Rahmatttttt!!!!!!!!!!!

Dengan peruntukan sebesar itu,malah menurut sumber Jabatan Veterinar Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri peruntukan tersebut jauh lebih besar daripada peruntukan bagi kedua-dua jabatan berkenaan bagi faedah rakyat jelata negeri Terengganu,apakah matlamat sebenarnya kerajaan negeri?Apakah ianya bertujuan untuk membangunkan masyarakat Terengganu?Ataupun memperkasakan parti dan kerajaan sebagaimana sepatutnya?Menurut syarahan perdana Hj Shamsudin Sulong dan Cikgu Latif Awang dalam setiap kursus induksi kepada pegawai-pegawai APMT dalam tahun 2009 yang lepas, bahawa  tugas APMT bukan kerja untuk wakil rakyat,bukan jaga parti dan kerajaan TAPI MESTI PERTAHAN MB DATUK AHMAD SAID.Maknanya untuk mempertahan jawatan MB sahaja melalui agensi APMT, sejumlah RM20 juta diperlukan? Hebat!hebat!hebat proton!Ianya bukan perkara luarbiasa sekiranya matlamatnya untuk memperkasakan parti dan kerajaan.Bila parti dan kerajaan perkasa, sekaligus ianya memperkasakan MB.Itulah amalan di negeri-negeri lain termasuk negeri yang dikuasai pembangkang,Kelantan,Selangor,Kedah dan Pulau Pinang.

Melihat kepada perlantikan APMT pula,rata-ratanya di setiap DUN, dilantik di kalangan mereka yang layak dari kalangan aktivis parti,sebagai penghargaan kepada sumbangan mereka memartabatkan parti.Namun kalau kita zoom in ke beberapa bahagian dan DUN di Terengganu,didapati mereka yang dilantik kelihatan bekerja hanya untuk menjaga 'orang yang mencadangkan perlantikan mereka'.Kalau ketua bahagian atau ahli Parlimen yang mencadangkan perlantikan mereka,maka APMT yang dilantik menggunakan kedai kopi,tempat-tempat kursus APMT dan khalayak ramai untuk menghentam ADUN mereka sendiri.Sebaliknya kalau ADUN yang mencadangkan perlantikan mereka maka kerja APMT pula menghentam Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian.Kalau perkara ini berterusan berlaku,maka ianya perlu segera diberhentikan.

Apa yang penting tak kiralah banyak mana dibelanjakan sebab duit itu bukan duit pusaka peninggalan mak bapak kita ataupun duit dari poket yang kita cari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kita,lagipun negeri Terengganu yang kita perintah ni kaya.Minyak melimpah ruah di lautan, daratan dan di hutan-hutan.Duit 'royalti minyak' kang banyak 'berbelas-belas RM billion'.Hinggakan MB sanggup ugut Kerajaan Pusat " kalau tidak bayar RM2.67 billion pada tahun 2010 ni saya tak akan sain perjanjian royalti".Belanjalah seberapa banyak yang mahu selagi rakyat memberi kuasa.Asalkan puashati tap jaangan sampai ke peringkat nafsu menguasai diri sehingga terdetik perasaan angkuh,"malah tuhan tidak mampu menghalang apa yang aku mahu sebab aku berkuasa".






Monday, January 4, 2010

NILAI SEBUAH KUASA:Menghabisi Khazanah Negeri Terengganu

TERENGGANU terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya,termasuk petroleum,balak,emas,bijih besi(suatu ketika dulu) dan tidak kurang pula kaya dengan produk pelancongannya.WALHASILNYA daripada yang kaya-kaya itu balak pula yang menjadi modal cepat kaya bagi orang selama ini berangan-angan mahu celebrate kehidupan ini bagaikan 'orang kaya gila',bagaikan selebriti Hollywood dan Bollywood,berbelanja dan menonjolkan kehidupan sementara bagaikan billionair dunia,Bill Gate,Sultan Hassanal Bolkiah,Warren Buffett,Roman Abramovich,Raja-Raja Arab ataupun setidak-tidaknya gaya Tiger Woods.

ITULAH GAMBARAN HIDUP ATAU PERASAN HIDUPBILLIONAIR BALAK TERENGGANU SEKARANG.Apakan tidak kalau DULU memandu Proton Saga Iswara ataupun habis kuat Mercedes Benz E230(Recond) KINI bergaya dalam Mercedes Benz CLS 350,BMW dan segala macam kereta mewah versi terbaru tahun 2009,2010 ataupun mungkin dah berangan-angan untuk booking terus kereta model 2020 akan datang.Itulah kekayaan hasil durian runtuh bermodelkan syarikat RM2,sekeping dua kertas permohonan ke Pejabat MB dan selepas itu air liur jaminan MB Terengganu akan terus kekal di dalam tangan Ahmad Said sekurang-kurang bagi sepanjang penggal ini.

MAKA ramailah bekas-bekas wakil rakyat ataupun ahli-ahli Mubarak 'menete'(approach)Ahmad Said memberi 'sokongan' sambil menyalahkan kepimpinan terdahulu(modal biasa dan tindakan yang sama bila 'MB baru ditabalkan'.Kalau semasa Wan Mokhtar menyalahkan Ibrahim Fikri,semasa Idris menyalahkan Wan Mokhtar,semasa Ahmad Said menyalahkan Idris,dan selepas ini siapa pula....?).Setengah tu semasa Wan Mokhtar dialah membaham segalanya,semasa Idris dialah yang merongkol(lebihkurang samalah dengan baham)semuanya,dan semasa Ahmad Said,bukan sahaja dia terus menikmati apa yang tak akan habis-habis tujuh keturunan menikmati kekayaan yang dibolot semasa menjadi exco di zaman Wan Mokhtar,ditambah pula kekayaan baru termasuk kapal-kapal laut yang menghantar bekalan ke pelantar minyak yang diMBO selain daripada menjadi ALP dalam anak sykt Kerajaan Negeri seperti TDM Bhd dll semasa zaman Idris,malah kini menerajui sykt apa nama Dasar Bahagia menikmati hasil balak beribu-ribu ekar.Ada pula ahli Mubarak yang                      ' dicampak' projek runding terus bagi menutup mulut supaya jangan terus-menerus cerita kelemahan kepimpinan.Setengah Mubarak pula diberi jawatan ALP sykt tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur biarpun latarbelakang hanya guru sekolah darjah 6 yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris(barangkali minit mesyuarat syarikatpun suruh anak terjemah)perlu menghadiri mesyuarat syarikat yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris.Biarlah apa sahaja lagipun syarikat bukan syarikat aku,kalau mampus atau gulung tikarpun bukan aku yang mampus atau gulung tikar.APAPUN YANG PENTING MEREKA AKAN COVER AKU.Kalau siapa sahaja cerita pasal aku,pastikan mereka akan kata aku kuat dan ramai sokongan.

SIAPA YANG DIFIKIRKAN RAPAT DENGAN ISTANA?Mereka mesti diberi balak.Hatta kalau selama ini hanya menjarah rumah ke rumah mengajar anak orang mengaji Quran perlu ubah imej menjadi jutawan balak.Kalau selama ini hanya tahu jaga kuda,perlu ubah imej menjadi jutawan balak.Pada masa yang sama,orang kanan akupun mesti menjadi multi millionaire balak.

SIAPA DIFIKIRKAN RAPAT DENGAN PM?Opps orang yang ada kaitan dengan bekas PMpun penting juga.Kita kena bagi balak air.Kalau orang yang kita fikir kanan dengan PM sekarang?Perlu juga diberi balak.Ehhh.........kalau fikir pasal balak ni tak pernah habis ceritanya.Semua mahu balak.Betul lah pesan orang tua-tua, "balak ni, bunag 'k' jadi bala!!!!!!!"Tengok apa yang berlaku di Kelantan.Kerajaan Negeri diperintah Mahkamah bayar RM800 juta kepada Sykt Timberlane.Kes yang sama dihadapi oleh Kerajaan Terengganu sekarang di mana Sykt Riya Padu Holdings menyaman Kerajaan Negeri dan menuntut RM1 billion.Aaah..pedulikan tuntutan berapa banyak?Kalau kena bayarpun bukan duit aku!!!Aku tetap jadi MB asalkan orang boleh cerita baik-baik pasal aku di istana dan di hadapan Perdana Menteri.Hishammuddin???..........aah tak kisah.Asalkan dia boleh cerita baik pasal aku di depan Raja dan PM.RAKYAT?????Pedulikan mereka.Kalau mereka hukum parti dan Kerajaan pabila PRU,aku dah tak kisah.Aku sudah punya segalanya.Aku bersih sebersih-bersihnya.Mungkin bersih bagai Nabi?Kalau aku dilihat kurang bersih?Mudah sahaja.Daripada bini aku menangis,biar aku menangis dulu...Prinsip yang mesti aku pegang....daripada kena marah atau diminta berhenti baik aku menangis dulu sepaya kemarahan orang lain reda.BIAR KHAZANAH NEGERI HABIS ASALKAN AKU TERUS KEKAL.